Catatan

Maklumat Ringkas

Imej
  INFO :  Setiap bahagian cerita ada versi Bahasa Melayu (di sebelah atas) dan Inggeris (di sebelah bawah). Each parts of the story has Malay version (on the upper part) and English (on the lower part).

Indah Khabar Dari Rupa

Imej
BAHASA MELAYU " Assalammuakaikum, Arif. Weh, kau dah lama sampai? ", soal Fikri yang merupakan kawan sekelas yang agak rapat sewaktu di sekolah menengah dulu. " Eh, Fikri. Waalaikummussalam, tak adalah. Aku pun baru sampai je tadi ", jawab Arif yang sampai lebih awal di warung makan Pak Ajis itu. Lalu, Arif menjemput kawannya itu untuk duduk dan memesan makanannya. " Jadi, kenapa kau ajak aku datang lepak sini? ", soal Arif yang masih tertanya-tanya dengan tujuan kawannya itu. " Oh ya, kau tahukan keputusan UPU dah keluar. Cuba teka aku dapat mana? ". Arif pun berfikir sejenak sebelum menjawab, " Semestinyalah kau dapat Universiti Malaysia Utara, kan kau idam nak belajar sana sejak dulu lagi ". " Hahaha, kau ni, semua benda kau tahu . Ya, aku dapat sana, Rif. Kau tahu tak, aku betul-betul seronok apabila aku tahu pasal tu ". " Aku dah agak dah, kau mesti dapat sana punya. Lagi pun, kau pelajar cemerlang, sudah pasti dia...

"Ragging" Budak Baru

Imej
BAHASA MELAYU Tiga bulan telah berlalu sejak peristiwa "Akur" itu, namun pengalaman pahit itu tak pernah dapat Arif lupakan. Apatah lagi dialah orang terakhir yang bertahan lama sebelum akhirnya kecundang juga sehingga membawa kekalahan kepada Ghumah Bendahara dan hukuman ke atas pelajar itu. " Oh, y a, manalah budak tu sekarang? Dah lama tak nampak dia sejak sesi hari itu ", bisiknya dalam hati saat teringat akan pelajar itu. " Arif, awak termenung apa di luar tu? Awak dengar tak apa yang saya ajar di depan ", tegur pensyarahnya tatkala terlihat Arif yang sedang termenung ke luar tingkap saat dia mengajar. " Ya... ya, puan. Maaf puan, saya mengelamun tadi ", jawabnya sambil menundukkan kepalanya. " Jangan mengelamun sangat, awak tu pelajar universiti sekarang. Inilah masa untuk awak semua belajar dengan lebih mendalam mengenai mata pelajaran ini untuk masa depan awak semua ", kata pensyarah itu sebelum waktu kelas itu sudah sampai pen...

Gurauan Nakal

Imej
BAHASA MELAYU 2 Januri 2017, tarikh yang sudah ditetapkan oleh pihak pengurusan universiti bagi memulakan sesi pelajaran dan pembelajaran baharu. Arif dan kawan-kawan sekelasnya juga sudah lebih awal mendaftar masuk ke asrama sebelum memulakan semester ketiga dalam program diploma mereka di situ. Tidak seperti sewaktu mereka mulai menjejakkan kaki mereka di sini ketika mereka masih dalam sesi suai kenal dan agak renggang sesama mereka, semester kali ini mereka lebih rapat dalam berkawan dan sering melepak dan bergurau senda antara satu sama lain. Walaupun kebanyakkan mereka mempunyai lingkaran persahabatan kecil yang erat dan berbeza, namun hal itu tidak menghalang mereka untuk berinteraksi dan berkomunikasi dengan kawan-kawan sekelasnya yang lain. Apatah lagi mata pelajaran - mata pelajaran untuk semester ini lebih mencabar untuk difahami dan diselesaikan, yang mana mereka pasti memerlukan pertolongan sesama mereka nanti. " Arif, selamat kembali ke sini. Aku ingatkan kau dah trau...