Catatan

Maklumat Ringkas

Imej
  INFO :  Setiap bahagian cerita ada versi Bahasa Melayu (di sebelah atas) dan Inggeris (di sebelah bawah). Each parts of the story has Malay version (on the upper part) and English (on the lower part).

Indah Khabar Dari Rupa

Imej
BAHASA MELAYU " Assalammuakaikum, Arif. Weh, kau dah lama sampai? ", soal Fikri yang merupakan kawan sekelas yang agak rapat sewaktu di sekolah menengah dulu. " Eh, Fikri. Waalaikummussalam, tak adalah. Aku pun baru sampai je tadi ", jawab Arif yang sampai lebih awal di warung makan Pak Ajis itu. Lalu, Arif menjemput kawannya itu untuk duduk dan memesan makanannya. " Jadi, kenapa kau ajak aku datang lepak sini? ", soal Arif yang masih tertanya-tanya dengan tujuan kawannya itu. " Oh ya, kau tahukan keputusan UPU dah keluar. Cuba teka aku dapat mana? ". Arif pun berfikir sejenak sebelum menjawab, " Semestinyalah kau dapat Universiti Malaysia Utara, kan kau idam nak belajar sana sejak dulu lagi ". " Hahaha, kau ni, semua benda kau tahu . Ya, aku dapat sana, Rif. Kau tahu tak, aku betul-betul seronok apabila aku tahu pasal tu ". " Aku dah agak dah, kau mesti dapat sana punya. Lagi pun, kau pelajar cemerlang, sudah pasti dia...